Laman Utama

Bahasa-bahasa Lain
Siapakah Yesus
Mengenali Yesus
Hidup Berkelimpahan
Filem Yesus
Hubungi

 

Bagaimana Kita Boleh Berdoa dengan Iman 
Supaya Dipenuhi Oleh Roh Kudus

Hanya dengan iman kita dapat dipenuhi oleh Roh Kudus. Doa adalah satu cara bagaimana kita boleh menyatakan iman kita. Berikut ini adalah satu cadangan doa:

"Ya Bapa, saya memerlukan Engkau. Saya mengaku bahawa selama ini saya telah menguasai hidup saya oleh itu saya telah berdosa terhadap Engkau. Saya bersyukur bahawa Engkau mengampunkan dosa-dosa saya melalui kematian Kristus di atas salib untuk saya, dan sekarang ini saya mengundang Kristus untuk menguasai dan bertakhta dalam hidupku. Penuhilah saya dengan Roh Kudus sebagaimana PERINTAH-MU kepada saya dan sesuai dengan JANJI-MU di dalam Firman-Mu, bahawa Engkau akan melakukannya jikalau saya meminta dengan iman. Dan sekarang, ya Bapa, sebagai suatu pernyataan iman, saya mengucap syukur kepada-Mu kerana Engkau telah memenuhi hidupku dengan Roh Kudus. Saya berdoa dalam Nama Tuhan Yesus. Amin."

Apakah doa ini menyatakan keinginan hati anda? Jika demikian, ucapkanlah doa ini sekarang juga dan percayalah bahawa Tuhan akan  memenuhi hati dan hidup anda dengan Roh Kudus.

Bagaimana Anda Dapat Mengetahui Bahawa
 Anda Telah Dipenuhi dengan Roh Kudus

Sudahkah anda meminta agar Tuhan memenuhi hati anda dengan Roh Kudus? Tahukah anda bahawa anda sekarang telah dipenuhi dengan Roh Kudus? Atas dasar apakah anda mengetahui hal ini?

(Berdasarkan kesetiaan Tuhan atas janji-Nya dan Firman-Nya, Ibrani 11:6; Roma 14:22, 23)

Janganlah bergantung pada perasaan anda. Janji Firman Tuhan dan bukan perasaan kita yang menjadi dasar kepercayaan kita. Orang Kristian hidup kerana imannya kepada Tuhan dan firman-Nya. Gambarajah keretapi di bawah ini menggambarkan hubungan antara KENYATAAN (Tuhan dan Firman-Nya), IMAN (kepercayaan kita kepada Tuhan dan firman-Nya) dan PERASAAN (akibat dari iman dan ketaatan kita kepada Tuhan) (Yohanes 14:21)


Keretapi dapat terus berjalan dengan atau tanpa gerabak penumpang. Sebaliknya, adalah mustahil untuk menjalankan keretapi dengan bergantung pada gerabak penumpang kerana gerabak penumpang ini sama sekali tidak mempunyai daya penggerak. Demikian pula sebagai seorang Kristian, janganlah kita bergantung pada perasaan, tetapi meletakkan iman kita atas kesetiaan Tuhan dan janji-janji di dalam firman-Nya.

Bagaimana Berjalan dalam Roh kudus

IMAN (iaitu ketaatan pada Tuhan dan firman-Nya) merupakan syarat mutlak bagi orang Kristian untuk dikuasai sepenuhnya oleh Roh Kudus. Jadi, apabila anda taat kepada Kristus saat demi saat, maka:

  1. Hidup anda akan menghasilkan buah-buah Roh (Galatia 5:22,23); dan makin hari makin menyerupai Kristus (2 Korintus 3:18; 1 Yohanes 3:2)
  2. Anda akan lebih mengerti akan doa dan Firman Tuhan. (Yohanes 15:7).
  3. Anda akan mengalami kuasa Tuhan ketika bersaksi. (Kisah Rasul 1:8)
  4. Anda akan siap-sedia dalam peperangan rohani melawan:- dunia ini (1 Yohanes 2:15-17), keinginan daging (Galatia 5:16,17) dan Iblis (1 Petrus 5:7-9; Efesus 6:10-13)
  5. Anda akan mengalami kuasa Tuhan dalam mengatasi pencubaan dan dosa. (1 Korintus 10:3; Filipi 4:13; Efesus 1:19-23; 6:10; 2 Timotius 1:7; Roma 6:1-16)

Pernafasan Rohani

Dengan iman, anda dapat terus-menerus mengalami kasih dan pengampunan Tuhan:

Walaupun anda sedang berjalan dalam Roh Kudus, namun apabila anda teringat bahawa ada bahagian-bahagian dalam hidup anda yang tidak memuaskan hati Tuhan (baik dalam sikap hati, mahupun dalam tindakan), anda harus mengucap syukur bahawa Tuhan telah mengampunkan dosa anda pada masa lalu, sekarang dan masa yang akan datang oleh sebab kematian Kristus di atas salib. Kemudian, dengan iman hendaknya anda berpegang teguh pada kasih dan pengampunan Tuhan; lalu terus-menerus hidup dalam persekutuan dengan Dia.

Apabila anda merebut kembali takhta hidup anda kerana jatuh dalam dosa (suatu tindakan ketidaktaatan melawan Tuhan), hendaknya anda bernafas secara rohani.

Pernafasan Rohani adalah latihan iman yang memungkinkan anda sentiasa mengalami kasih dan pengampunan Tuhan dari saat ke saat:

1. Menghembuskan nafas - mengeluarkan udara kotor: mengaku dosa, sesuai dengan 1 Yohanes 1:9. Pengakuan dosa meliputi pertaubatan, iaitu perubahan dalam sikap hati dan tindakan.

2. Menarik nafas - menghirup udara yang bersih: menyerahkan kembali takhta hidup anda kepada Kristus dan menerima kepenuhan Roh Kudus, dengan iman. Yakinlah bahawa Roh Kudus sekarang mengendalikan hidup anda, sesuai dengan perintah-Nya dalam Efesus 5:18 dan janji-Nya dalam 1 Yohanes 5:14,15