Bagaimana
anda dapat mengetahui bahawa Kristus
berada di dalam hati anda
Apakah anda telah
mengundang Kristus masuk ke dalam hati anda pada waktu anda berdoa? Kalau demikian sesuai dengan janji
-Nya dalam
Wahyu
3:20, di manakah Dia sekarang? Kristus berjanji bahawa la
akan masuk ke dalam hidup anda ketika anda mengundang-Nya dalam doa
anda. Mungkinkah Dia tidak
menepati janji-Nya? Bagaimana anda mengetahui bahawa Ia
menjawab doa anda? (Kerana Tuhan sentiasa setia pada
janji-janji dalam Firman-Nya)
Tuhan mengaruniakan hidup yang kekal
kepada semua orang yang menerima Kristus
"Dan inilah kesaksian itu: Tuhan telah
mengaruniakan hidup yang kekal kepada kita dan hidup itu ada
di dalam Anak-Nya. Barangsiapa memiliki hidup. Semuanya itu
kutuliskan kepada anda supaya anda yang percaya kepada nama
Anak Tuhan tahu bahawa anda memiliki hidup yang
kekal".
1 Yohanes 5:11-13
Bersyukurlah sentiasa bahawa Kristus ada di dalam hidup
anda dan Dia tidak
pernah meninggalkan anda (Ibrani
13:5). Anda dapat mengetahui bahawa
Kristus tinggal dalam hati anda, dan bahawa sejak anda mengundang Dia berdasarkan iman
anda kepada janji-Nya, anda menerima hidup yang kekal, Dia tidak
akan mengecewakan anda.
Bagaimana tentang
perasaan?
Janganlah bergantung pada perasaan
Jaminan iman kita bukanlah perasaan kita yang
berubah-ubah, melainkan
janji Kristus. Orang Kristian hidup kerana imannya kepada
Tuhan dan Firman-Nya. Bagan kereta api di bawah ini
menggambarkan hubungan antara kenyataan (Tuhan dan
Firman-Nya), iman (kepercayaan kita kepada Tuhan dan
Firman-Nya), dan perasaan (akibat dari iman dan ketaatan
kita).

Kereta api
boleh terus berjalan dengan atau tanpa gerbong penumpang,
asal saja batu bara dimasukkan ke dalam lokomotip.
Sebaliknya adalah mustahil untuk membuat kereta api tu
berjalan dengan memasukkan batu bara ke dalam gerbong
penumpang. Demikian juga, sebagai orang Kristian janganlah
kita menggantungkan iman kita kepada perasaan, melainkan
kita harus mendasarkan iman kita pada janji-janji Tuhan dalam
Firman-Nya.
Sejak anda menerima
Kristus, banyak hal telah terjadi dalam hidup anda
termasuk:
Dengan demikian,
menerima Kristus merupakan pengalaman yang lebih indah dari
pada pengalaman-ppengalaman lain yang manapun dalam hidup anda.
Kerana itu, maukah anda berdoa untuk menyatakan
terimakasih anda kepada-Nya?
Sekarang
bagaimana selanjutnya?
Cadangan-cadangan untuk
pertumbuhan rohani
Pertumbuhan
rohani adalah hasil dari ketaatan pada Kristus. "Kerana
orang yang benar akan hidup oleh iman".
Galatia 3:11
Hidup
berdasarkan iman akan memungkinkan anda untuk taat akan Tuhan
dalam setiap segi kehidupan anda serta mempraktikkan hal-hal berikut ini:
| T |
Tiap-tiap
hari hendaknya anda datang ke hadirat Tuhan di
dalam doa. Yohanes
15:7 |
| U |
Usahakaniah
membaca Alkitab setiap hari - Anda dapat
mulai dengan Injil Yohanes. Kisah
17:11 |
| M |
Mintalah
kepada Tuhan supaya anda dapat menaati
apa yang telah anda baca dari Alkitab. Yohanes
14:21 |
| B |
Biasakan
diri untuk bersaksi tentang Kristus kepada
orang lain. Matius
4:19, Yohanes
15:8. |
| U |
Usahakanlah
untuk mempercayakan setiap segi kehidupan anda
kepada Tuhan. Dengan demikian, maka anda dapat mengalami kehidupan yang penuh
kelimpahan itu hari lepas hari. 1
Petrus 5:7. |
| H |
Hendaklah anda membiarkan Roh Hudus menguasai
hidup dan kesaksian anda sehari-hari. Galatia
5:16-17; Kisah
1:8. |
Pentingnya mengikuti ibadah dan
penelaahan Alkitab di gereja
Ibrani 10: 25
menasihatkan agar " . . . janganlah kita menjauhkan
diri dari pertemuan ibadah . . ." Kalau ada beberapa
potong kayu bersama-sama terbakar, maka nyalanya besar dan
memberi kehangatan. Tetapi apabila salah satu dari beberapa
potong kayu itu diambil, kemudian ditaruh di hawa yang
dingin, maka padamlah apinya. Demikian juga hubungan anda dengan orang-orang
Kristian yang lain.
Jika anda tidak menjadi
anggota sesuatu gereja, janganlah anda menunggu supaya
diundang. Ambillah tindakan; hubungilah pendeta dari gereja
yang berdekatan di mana Kristus diagungkan dan firman Tuhan diberitakan. Buatlah
rancangan sekarang agar anda dapat
turut berbakti pada hari Minggu yang akan datang.
Jika anda memerlukan bimbingan
yang lebih lanjut atau ada apa-apa soalan,
sila tulis e-mel kepada: lamanberkat@yahoo.com
Jikalau isi laman web ini benar-benar bermanfaat bagi anda,
harap anda menceritakannya juga kepada kawan-kawan anda yang
lain.