Laman Utama

Bahasa-bahasa Lain
Siapakah Yesus
Mengenali Yesus
Hidup Berkelimpahan
Filem Yesus
Hubungi

Mungkin anda sudah menonton banyak filem, tetapi filem "Yesus" merupakan filem yang berbeza. Filem ini mengambarkan kehidupan Mesias secara terus-terang, dan benar-benar dapat mengubah hidup seseorang.


Filem "Yesus" adalah filem yang paling banyak diterjemahkan dan paling banyak ditonton orang di sepanjang sejarah. Sebab-sebabnya filem ini sebegini berjaya di peringkat antarabangsa dan memiliki daya tarik yang kuat adalah kerana kebenaran kisah, ketepatan, dan perhatian dalam semua hal terperinci.

Injil Lukas dari Alkitab dipilih sebagai dasar untuk dialog dan lakonan filem ini. Penyelidikan dan persiapan secara berhati-hati  dilakukan selama lima tahun sebelum perfileman betul-betul bermula di tempat kisah ini berlaku, iaitu Israel. Para penyelidik, ahli kaji purba, ahli sejarah dan para teologi telah diminta memberikan nasihat. Bengkel kerja spesial telah didirikan khusus untuk membuat semula tembikar, peralatan dan pakaian yang dipakai pada abad pertama.

"Kami berhasrat untuk membuat sebuah filem dokumentari yang dramatik mengenai seorang manusia yang hidup 2.000 tahun yang lalu," katakan Paul Eshleman, direktor peredaran antarabangsa filem "Yesus". Yesus bekerja dengan tangan-Nya, hidup di tengah-tengah orang ramai, makan seperti mereka dan memahami penderitaan mereka. Kami menginginkan sebuah filem yang membolehkan penonton merasai bahawa mereka lebih memahami  peribadi yang merupakan kedua-dua Tuhan dan manusia pada waktu yang sama, iaitu Yesus dari Nasaret. Dan Dia bukan sahaja telah mengubah arah sejarah, tetapi sekarang juga masih mengubah hidup ramai orang."

Pelakon-pelakon dipilih melalui proses yang intensif, terutama siapa yang akan memainkan peranan Yesus. Supaya wajah para pelakon lebih secocok dengan orang-orang sebenar, 45 pelakon dan hampir semua daripada 5.000 pelakon tambahan telah dipilih dari mereka yang tinggal di Timur Tengah. Watak Yesus dipegang oleh Brian Deacon, pelakon terkenal Inggeris dari Syarikat Royal Shakespeare. Deacon dipilih di antara 1,000 pelakon-pelakon lain kerana caranya yang sederhana tetapi dengan penuh hormat ketika memainkan peranan Yesus.

Kini, filem "Yesus" telah diterjemahkan ke dalam lebih daripada 500 bahasa dan ditontonkan oleh lebih daripada 2 bilion orang di seluruh dunia. Filem ini dibiayai dan ditaja oleh Campus Crusade for Christ International. Filem ini dibuat oleh John Heyman, pemenang award Cannes Filem Festival. Warner Brotherslah yang mengendalikan penayangan perdana di pawagam-pawagam di Amerika Utara.

 

 

Laman Utama | Siapakah Yesus | Mengenali Yesus |  Hidup Berkelimpahan | Filem Yesus | Hubungi

© 1995-2001 www.greatcom.org/malay | Hak Cipta Terpelihara 
Last updated 08/28/01