Sebagaimana
wujudnya hukum-hukum alam yang mentadbir alam semesta ini, demikian
juga ada hukum-hukum rohani yang mentadbir hubungan anda dengan Tuhan.
HUKUM
PERTAMA
Tuhan mengasihi anda,
dan Dia menawarkan satu rancangan yang
istimewa untuk hidup anda.
(Ayat-ayat yang
terdapat di dalam buku kecil ini hendaknya dibaca dari
Alkitab sedapat mungkin.)
Kasih Tuhan
"Oleh sebab Tuhan amat mengasihi
dunia ini, Dia telah memberikan Anak-Nya yang tunggal supaya
setiap manusia yang mempercayai-Nya tidak akan binasa,
tetapi beroleh hidup yang kekal."
Yohanes 3:16
Rancangan Tuhan
(Kristus berkata), "Aku datang,
supaya mereka beroleh hidup, dan memperolehinya dalam segala
kelimpahan." (hidup yang bererti dan penuh
kebahagiaan)
Yohanes 10:10b
Mengapakah
kebanyakan orang tidak menikmati
hidup yang berkelimpahan
ini? Ini sebab ...
HUKUM
KEDUA
Manusia berdosa
dan terpisah daripada Tuhan, oleh itu,
dia tidak boleh mengetahui dan mengalami kasih dan
rancangan Tuhan untuk hidupnya.
Manusia Berdosa "Semua manusia telah
berdosa dan jauh daripada kemuliaan Tuhan." Roma 3:23
Manusia telah dicipta untuk
menikmati persekutuan dengan Tuhan. Tetapi oleh sebab
kekerasan hatinya, manusia memilih jalannya yang tersendiri
sehingga persekutuannya dengan Tuhan terputus. Menurut
Alkitab, kekerasan hati ini sama ada dalam bentuk sikap
memberontak ataupun sikap tidak peduli ialah dosa.
Manusia Terpisah "Sebab upah dosa ialah
maut . . ." (perpisahan rohani daripada Tuhan) Roma 6:23
Gambarajah
ini menunjukkan bahawa Tuhan Mahasuci dan manusia
berdosa. Satu jurang memisahkan mereka.
Anak-anak
panah menunjukkan bahawa manusia cuba dengan
sedaya-upaya untuk mencari Tuhan, dan hidup yang
berkelimpahan melalui kehidupan yang baik, falsafah
ataupun agama.
Hukum yang ketiga
menjelaskan jalan tunggal untuk menjambatani jurang ini ...
HUKUM
KETIGA
Yesus Kristuslah satu-satunya
jalan yang Tuhan berikan untuk menyelesaikan masalah
dosa manusia. Melalui-Nya anda boleh mengetahui dan
mengalami kasih dan rancangan Tuhan untuk hidup
anda.
Kristus
mati bagi pihak kita "Tetapi Tuhan telah
menunjukkan betapa kasih-Nya kepada kita dengan kematian
Kristus bagi pihak kita walaupun pada ketika itu kita masih
berdosa." Roma 5:8
Kristus bangkit daripada kematian "... Kristus
mati kerana dosa kita ... Dia dikebumikan ... Dia
dibangkitkan pada hari ketiga, menurut Alkitab. Dia
memperlihatkan diri-Nya kepada Petrus, dan kemudiannya
kepada dua belas orang murid-Nya. Setelah itu Dia
memperlihatkan diri-Nya pula kepada lebih daripada 500 orang
pengikut-Nya ..." 1 Korintus 15:3-6
Kristus jalan tunggal kepada Tuhan Yesus menjawab, "Akulah
jalan, kebenaran dan hidup. Tiada sesiapa pun yang boleh
datang kepada Bapa kecuali melalui Aku." Yohanes 14:6
Gambarajah
ini menunjukkan bahawa Tuhan telah menjambatani
jurang antara manusia dengan Diri-Nya,
dengan
menghantar Anak-Nya, Yesus Kristus, supaya mati di
atas salib bagi pihak kita demi menebus kita
daripada dosa.
Hanya mengetahui ketiga-tiga hukum ini tidak
mencukupi . . .
HUKUM
KEEMPAT
Kita mesti menerima Yesus
Kristus sebagai penyelamat dan Tuhan kita secara
peribadi. Dengan demikian, kita boleh mengetahui dan
mengalami kasih dan rancangan Tuhan untuk hidup
kita.
Kita mesti menerima Kristus "Tetapi bagi mereka yang
menerima dan mempercayai-Nya, diberikannya hak untuk menjadi
anak-anak Tuhan." Yohanes 1:12
Kita menerima Kristus melalui iman "Dengan rahmat Tuhanlah
anda telah diselamatkan melalui iman; dan bukannya melalui
usaha diri anda. Ini adalah kurnia Tuhan, bukan hasil
usaha-usaha tertentu. Maka tiada sesiapa pun yang boleh
memegah-megahkan diri." Efesus 2:8-9
Apabila kita menerima Kristus, kita
mengalami kelahiran baru (baca Yohanes 3:1-8)
Kita menerima Kristus dengan
mengundang-Nya secara peribadi Kristus berkata, "Dengar,
Aku berdiri di hadapan pintu dan mengetuk. Sekiranya sesiapa
yang mendengar suara-Ku dan membuka pintu, Aku akan masuk ke
dalam ...." Wahyu 3:20
Menerima Kristus
melibatkan pertaubatan, dan mempercayai bahawa Kristus akan
masuk ke dalam hidup kita untuk mengampunkan dosa kita dan
menjadikan kita manusia mengikut kehendak-Nya. Hanya
bersetuju bahawa Yesus Kristus ialah Anak Tuhan dan Dia mati
di atas salib kerana dosa kita adalah tidak mencukupi.
Begitu juga dengan pengalaman emosi. Kita mesti menerima
Yesus Kristus melalui iman sebagai tindakan nekad kita.
Kedua-dua
bulatan ini menggambarkan dua jenis hidup:
Bulatan manakah yang
mencerminkan hidup anda?
Bulatan manakah yang anda ingin mencerminkan hidup anda?
Berikut menjelaskan
bagaimana anda boleh menerima Kristus:
Anda
boleh menerima Kristus saat ini juga dengan berdoa
berdasarkan iman: (Doa ialah percakapan
dengan Tuhan)
Tuhan mengetahui isi hatimu.
Dia lebih mementingkan sikap hatimu daripada kata-katamu.
Berikut merupakan satu doa yang disarankan:
"Tuhan Yesus,
aku memerlukan Engkau. Terima kasih kerana mati di
atas salib untuk mengampunkan dosa-dosaku. Aku
membuka pintu hatiku dan menerima Engkau sebagai
Penyelamat dan Tuhanku. Terima kasih kerana
memberi hidup yang kekal kepadaku. Jadikanlah aku
seorang peribadi mengikut kehendak-Mu. Amin."
Adakah doa ini menyatakan
keinginan hati anda?
Jika ya, ucapkanlah doa ini
sekarang juga, dan Kristus akan masuk ke dalam hidupmu
seperti yang telah dijanjikan-Nya.